Isnin, 1 April 2013

GO MEIRAH !!! KEMBALIKAN SEMANGAT YANG HILANG..

ASSALAMUALAIKUM !

hye kawan2!
 korang sume sehat? hope korang sume sehat ye di samping dengan family yang tercinta.. :) 


08/04/2013
ni saya dan rakan2 di kolej akan menempuh sekali lagi cabaran yang sukar iaitu FINAL EXAM..agak takot sekarang ni sebab  rase nye saya kurang bersedia hendak menempuh 'cabaran' ni..mungkin hati ni belum bersedia.. :( 



semester ni jujur saya katakan saya agak ketinggalan atau erti kata lain lambat 'pick up' dengan apa yang pensyarah2 ajarkan kepada saya. 

alasan: sibuk dengan program dan sebagainya..

mungkin di antara korang yang mempertikaikan alasan saya diatas ni kan? (alasan lapuk) YE..manusia memang tidak lari daripada melakukan kesilapan,kesilapan saya adalah kurang bijak untuk membahagikan masa melakukan aktiviti luar dan membahagikan masa untuk belajar. now! saya cuba untuk membaiki kelemahan yang ada pada diri saya ni..insya Allah semoga Allah mempermudahkan urusan saya..amin..


lagi beberapa hari nak final exam rakan2 busy menelaah buku tapi saya..:( semangat dalam diri ni makin luntur, secara outomatik nya perasan nak belajar pun makin lama makin kurang, x tau apa punca nye, mungkin disebabkan saya banyak melakukan perkara yang Allah larang dan kurang melakukan apa yang Allah suruh, ehm..mungkin juga saya telah melukakan hati orang2 yang ada disekeliling saya..mungkin..?



Allah Maha Penyanyang pada setiap hambaNya, dikala hambaNya ini dirundung masalah Dia sentiasa ada disisi hanbamNya ini untuk memberi pertolongan tanpa mengharapkan balasan..


dimasa perasaan saya down/sedih Allah telah 'menghantar' dua hambaNya untuk menaikkan semangat saya yang hilang ni..seorang hambaNya iaitu merupakan sahabat baik saya sendiri,dia selalu menasihati dan menaikkan semangat saya dengan ayat ni : "dan janganlah kamu (merasa) lemah dan janganlah (pula) kamu sedih, kamulah yang paling tinggi darjatnya jika kamu beriman." :)
sahabat saya selalu menasihati saya dengan ayat ni,dan ayat ini lah yang sering membangkitkan kembali semangat saya..



seorang hamba Allah yang sering menasihati saya adalah seorang senior di kolej saya, dia tidak lokek memberikan kata2 semangat pada saya walaupun senior saya ni kurang mengenali saya :)
kata2 yang pernah diberikan pada saya adalah : "Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan jangalah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sunguh-sunguh) beriman." =D

so..
konklusi yang saya dapat dalam masalah yang saya hadapi sekarang ialah bila kita berasa sedih atau hilang semangat untuk hidup selain daripada rakan2 dan keluarga kita Allah juga sentiasa ada disisi kita, Dia tidak pernah jauh dari kita..percayalah! bila kita dilanda masalah buat la 'temu janji' denganNya (solat n berdoa)..ops! ingat ye rakan2 bukan waktu kita susah jew baru nak terhegeh-hegeh 'temu janji' dengan Allah tau, seboleh-bolehnya setiap hari kita buat 'temu janji' dengan PENCIPTA kita ok =D 
  
p/s syukran kepada sahabat saya > mardyati dan akhi hassriq harize yang berusaha manaikkan semangat saye ni =D

akhi hassriq yang selalu buat 'iklan colgate'
=D
she my penolong kelas dan merangkap 
penasihat tak bertauliah saya
mardyati <3


'UHIBBUKI FILLAH'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan