Ahad, 10 Februari 2013

UKHWAH FILLAH..!!!

ASSALAMUALAIKUM..!

ehm...dah lama saya tidak beceloteh dekat sini kan
:)
sekarang tiba la masa untuk saya 'membebel' kat dalam blog ni..hehehehe

saya nak tanya pada kamu semua apa yang kamu semua faham mengenai ukhwahfillah? mesti kamu semua tertanya-tanya kenapa saya membangkitkan hal ini..



dulu bila di bangku sekolah mesti kita mempunyai rakan karib/rapat betul tak? even sekarang ini pun kita mempunyai rakan karib/rapat kan tapi korang pernah terfikir tak kita berkawan dengan sahabat kita di sebabkan apa? dari pengalaman saya dan mungkin juga korang pernah laluinya ada sesetengah orang yang berkawan dengan orang lain kerana mempunyai niat yang kurang baik contohnya Si A berkawan dengan Si B disebabkan Si A ingin selalu meniru homework Si B contoh yang lain pula Si C berkawan dengan Si D disebabkan ingin 'menompang' kemewahan yang ada pada Si C.


jangan salah sangka pula apa yang saya katakan ni bukan semua orang berkawan dengan orang lain mempunyai niat yang kurang baik saya cuma katakan segilingtir saja yang berniat sedemikian yang selebihnya insha Allah semuanya berkawan atas niat ukhwahfillah
 termasuklah korang2 kat luar sana tu :)


APA ITU UKHWAHFILLAH?

ukhwahfillah itu adalah ukhwah kerana Allah Taala. kita bersahabat kerana Allah, bukannya atas sebab yang lain. kita menjalinkan bersahabatan bersama rakan kita semasa dia suka dan duka begitu juga sebaliknya. 


dalam persahabatan selalunya kita terapkan nilai tolong-menolong antara satu sama lain tetapi sayangnya kita lupa menerapkan nilai yang penting dalam hati kita mengenai nilai sikap tegur-menegur(kesilapan) antara kita dan rakan-rakan. dalam situasi ini  ramai yang menggambil ringgan mengenai sikap tegur-menegur ini. tahukah kita bahawasanya nilai sikap yang kita kurang terapkan ini adalah nilai sikap yang paling penting dalam sebuah ikatan pesahabatan.



saya teringat pesanan dari beberapa senior di kolej saya, mereka berpesan pada saya 'kalau betul kita sayangkan sahabat kita bila sahabat kita melakukan kesilapan kita harus la menengur mereka dengan niat untuk membaiki kesilapannya bukan dengan untuk mengutuk atau mencari gaduh dengan sahabat kita dan bila kita ditegur oleh sahabat mengenai kesalahan kita haruslah bersikap terbuka menerima teguran dari mereka'. pesanan-pesanan mereka ini la membuatkan saya lebih mengenali apa itu erti sebuah persahabatan 'ukhwahfillah' .


*kata-kata As-Syahid Imam Hassan Al Banna 
'ukhwah adalah saudaranya keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kembarnya kekufuran'.


sampai disini sahajalah perkongsian saya untuk hari ini :) di harap perkongsian saya ini dapat memberi sedikit sebanyak mafaat kepada orang di luar sana..

p/s aku menegur kamu kerana aku cintakan kamu. kenapa aku cintakan kamu? kerana kamu itu saudara seislamku. jika kamu tersalah, maka aku datang membetulkan yang salah itu. itu bukti cintaku kepadamu, WAHAI SAHABAT SEISLAMKU...!



'UHIBBUKI FILLAH'
<3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan